Cinta Sampai S y u r g a. // Thursday 27 December 2012
21:36 |
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk
kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh
sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti
Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk
dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku
– dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur.
Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni,
aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”.
Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi
imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di
pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan.
Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir
dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap
bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya
bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya
mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak
tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya
asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun
tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah
pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah
senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah
okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang
masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen.
Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama,
kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang
dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau
dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada
suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha
Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat
juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali
berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.”
Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu
hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai
buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di
sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan
tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.
“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap
melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran
dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis
yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak
reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut
juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi
tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan
tak reti masak!
Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat
itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama
belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari
dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk
dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
_____________________________________ “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur
ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat
nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang
pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada
perubahanlah abah ! _________________________________ “ustaz.” Panggil Aiman
pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh.
“ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia
cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu
senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama
dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman
kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah
yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja
sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia
jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak
mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil.
Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang
suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi
tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak
celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,
rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa
awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas
beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah,
nanti kurang pahala.” __________________________________ Sudah dua hari Aiman
di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat
dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat
berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam
berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari
kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya
dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh
si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang
cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya
tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air
mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat
tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi,
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay.
Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa
berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan
rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman
telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang
teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya
siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar
dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman
seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang
nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.”
Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu.
Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu
tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..”
lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di
sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah
yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni.
itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.”
Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh..
jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman
berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari
yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah
aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu
dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu
kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih
panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan
dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata
perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta
kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi
selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone
itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik.
Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi
kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun
untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah
tangga kita sampai syurga.”
Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya
nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg
kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat
kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku
itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba
rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.
Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu.
Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh.
Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb!
Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki
yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26) “betul-betul.” _________________________________________________
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke
pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa
Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu
pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..”
“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah
masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah
masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love
letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang
bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil
sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir
itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu
melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran
itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan
iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama
hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu
pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!”
Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini
buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu
joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana,
abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya
tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato
Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia
dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja
cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar
subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
_____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu
Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik
kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap
Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak
boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau
pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh
je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata
membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah
keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak
akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau
izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa
dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan
awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga.
Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru
selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu
telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.
Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat
macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara
serak
Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak
perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja
tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal
yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah
dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara
lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry
ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM
itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3)
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI
IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz
nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid
ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu
bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai
buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari
dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya.
Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi
dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… _________________________
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan
senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk
tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu
merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar
berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message
itu. insyaALLAH. – Aiman. ____________________________________
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah
oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden
kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada
email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video
itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat
Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan
nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang
abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya
ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” _________________________________
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam
kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata
Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di
Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks
lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil
syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang
banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum
kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya
yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan
bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu
derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat
wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak
akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran
tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah
kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah
terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia
menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman
sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni
panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah
cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak
tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..”
kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman
lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah.
Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah
pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk
menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk
dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman.
Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya
yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak
minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti
biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya
untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang
Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang
dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan
sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak
juga.” _____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch
rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari
masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari
ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam
dengan pisau.
Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya
ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat
bangun.
Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar
suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh
memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!”
terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan
Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya
menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah
sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar.
Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku
dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang
iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah
dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran
melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
“sabar
Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam
mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak
dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim
gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya
abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak
menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah
lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden
yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden
di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman
membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love
letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca
ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar
SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar
MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar
TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir
sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi,
kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri
katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba
di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji
Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah
jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa
Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu.
Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar
hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5
bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.
Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah
dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman
pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________ Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan
masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di
pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk
masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu
dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau
begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk
Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca
doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya
Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan
siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal
abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. ______________________________
_____________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat
berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu
lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak
semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan
apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang
baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan
yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan.
Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga
di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang
baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...
CREDITS: NURULCHOMEL. & ALYAA
|